Wednesday 14 March 2018

BENGKEL e-KomPeG Peringkat Daerah Sri Aman Kumpulan A



Pada 25 September 2017 (Isnin) yang lepas saya bersama cikgu Bronson telah mengadakan Bengkel e-KomPeG (Kompetensi Pentaksiran Guru Peringkat Asas) bagi guru Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sekolah-sekolah di daerah Sri Aman bagi kumpulan A.

Seramai lebih daripada 40 orang guru yang hadir termasuklah pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman.. bengkel berjalan dengan lancar bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 5 petang. 

Diharap semua guru yang telah hadir bengkel ini dapat berkongsi ilmu yang telah diperolehi kepada rakan-rakan di sekolah masing-masing. 
Selamat maju jaya...

Monday 12 March 2018

UJIAN BULANAN 1 2018


UJIAN BULANAN 1 2018

BANK SOALAN SAINS - TINGKATAN 1

Soalan untuk Ujian Bulanan 1 adalah berbentuk topikal dan soalan yang dinilai ialah dari Bab 1 sahaja.  Soalan ini adalah menggunakan dwibahasa.  Bagi guru yang berminat, boleh la muat turun dengan mengklik pada pautan di bawah: 

SAINS TINGKATAN 1 - SOALAN
SAINS TINGKATAN 1 - PANDUAN PEMARKAHAHAN

Sekiranya ada sebarang kesilapan, mohon maaf.  Semua kelemahan itu datang daripada saya sendiri. 

Wednesday 16 August 2017

BENGKEL KERJA PENGGUNAAN MODUL HEBAT SAINS PERINGKAT SEKOLAH

Pada 9 & 10 Ogos yang lepas saya telah mengadakan Bengkel Kerja Penggunaan Modul HEBAT Sains dalam PdPc di SMK Sri Aman  bagi semua guru-guru Sains (Sains, Fizik, Kimia dan Biologi) sekolah.  

Bengkel ini adalah anjuran Panitia Sains SMK Sri Aman dengan jumlah peserta seramai 13 orang termasuklah Guru Kanan Sains dan Matematik, Ketua Panitia (Sains, Fizik, Kimia dan Biologi) dan ahli. 


Apa saya kongsikan adalah hasil daripada apa yang saya fahami dan pelajari sendiri berkaitan modul tersebut setelah meneroka beberapa modul..
Terdapat 30 modul dalam Modul HEBAT Sains.   

JADUAL BENGKEL

BENGKEL KERJA PENGGUNAAN MODUL HEBAT SAINS
DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

ANJURAN PANITIA SAINS, SMK SRI AMAN

TARIKH: 9 & 10 OGOS 2017
TEMPAT: MAKMAL SAINS AM 1, SMK SRI AMAN



TARIKH
1430 - 1445
1445 - 1515
1515 - 1545
1545 - 1600
1600 - 1630
1630 - 1730
9 Ogos 2017
Pendaftaran
Modul HEBAT
·      Mengenali Modul HEBAT Sains
·      Instrumen HEBAT
·      Pemetaan
Minum Petang
Contoh RPH PdPc Modul HEBAT
Hands-On
(Merancang RPH yang menggunakan Modul HEBAT)


TARIKH
1430 - 1530
1530 - 1545
1545 - 1730
10 Ogos 2017
Hands-On
(Merancang RPH yang menggunakan Modul HEBAT)
Minum Petang
Pembentangan RPH & Soal Jawab

Saya sangat bersyukur dapat mengadakan bengkel ini kerana banyak perkara baru yang diperolehi hasil daripada perkongsian guru-guru semasa slot Hands-On dalam menghasilkan RPH.  Semua guru yang hadir memberikan komitmen yang cukup tinggi sepanjang bengkel berlangsung..
Ilmu yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru untuk menggunakan Modul HEBAT Sains dan menyediakan RPH yang menggunakan modul HEBAT dalam PdPC.

Di sini dikongsikan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang sesi berlangsung untuk kenang-kenangan...
Hari 1: Pengenalan Modul HEBAT Sains oleh Cikgu Paine

Hari 1: Guru-guru yang hadir
Hari 1: Sesi Hands-On menyediakan RPH dengan Modul HEBAT Sains
Hari 1: Ketua Bidang Sains dan Matematik bersama guru Sains
Hari 2: Pembentangan RPH oleh Cikgu Niklas (KP Fizik)-Haba
Hari 2: Pembentangan RPH oleh Cikgu Nadiah (Guru Fizik)-Haba

Hari 2: Pembentangan RPH oleh Cikgu Siti Zulaiha (KP Kimia) dan Cikgu Honny Sophia (KP Sains)
Hari 2: Pembentangan RPH oleh kumpulan Cikgu Mohd Fuad (Penyelaras Sains)

Hari 2: Pembentangan RPH oleh kumpulan Cikgu Sharifah (Guru Sains)
Hari 2: Sesi soal jawab

Hari 2: Sesi soal jawab


Semua peserta yang hadir

Syabas kepada semua peserta di atas semangat berpasukan yang ditunjukkan...

Semoga kita semua terus cemerlang dalam perkhidmatan dan sentiasa diberkati dalam mendidik anak-anak bangsa!


Monday 10 July 2017

PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH KSSM TINGKATAN 1 2017

Salam sejahtera..

Di sini dikongsikan templat pelaporan Pentaksiran Sekolah bagi KSSM Tingkatan 1 2017.

Bagi guru yang memerlukan templat ini, bolehlah memuat turun dengan meng'klik' mata pelajaran masing-masing:

ASAS SAINS KOMPUTER
BAHASA ARAB
BAHASA CINA
BAHASA INGGERIS
BAHASA MELAYU
BAHASA TAMIL
GEOGRAFI
MATEMATIK
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
PENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN MUZIK
PENDIDIKAN SENI VISUAL (mohon share link tq:))
REKA BENTUK TEKNOLOGI
SAINS 
SEJARAH

Sila edit sendiri maklumat yang berkaitan.  
Terima kasih kepada guru yang telah berkongsi pelaporan di atas. Semoga sentiasa dirahmati.

Sunday 9 July 2017

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK SAINS KSSM TINGKATAN 1

Pembelajaran Berasaskan Projek ini juga dikenali sebagai PROJECT BASED LEARNING (PBL)



PBL dijalankan sama ada secara individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan ia menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.

PBL mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk dilengkapkan.

Bagi murid Tingkatan 1 digalakkan menjalankan sekurang-kurangnya 2 PBL setahun.  Hal ini demikian, dalam Pentaksiran Sumatif Akhir Tahun mengambil kira 20% daripada markah PBL (Rujuk Templat Pelaporan KSSM Sains Tingkatan 1)

Hasil projek boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti laporan, artifak, video dan lain-lain yang bersesuaian.
Hasil projek perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain.

Rubrik Pemarkahan bagi PBL secara umum adalah seperti berikut:

Kriteria
Peratus
1. Rekabentuk
20
2. Proses
20
3. Aplikasi
20
4. Pengetahuan
20
5. Persembahan
20
Jumlah Markah
100

Di sini saya kongsikan 2 contoh tugasan PBL yang telah saya sediakan sendiri. Rubrik yang digunakan adalah menurut pemahaman saya sendiri kerana kekurangan sumber berkenaan dengan pembinaan rubrik untuk PBL.  Oleh yang demikian, saya memohon maaf jika rubrik yang saya kongsikan ini mempunyai kesilapan.  
Walau bagaimana pun, saya sangat mengalu-alukan sebarang cadangan untuk penambahbaikan :).




Friday 16 June 2017

BAB PEMBIAKAN SAINS TINGKATAN 1

Salam sejahtera....
Tahun ini cikgu diamanahkan untuk mengajar Sains KSSM Tingkatan 1.  

Ini adalah hasil kerja pelajar kelas 1 Bestari 2017 untuk beberapa topik yang mereka telah sediakan untuk pembentangan kumpulan dan individu.  Walau bagaimanapun, hasil kerja ini cikgu kongsikan dalam bentuk PDF bagi menjaga hak cipta anak murid cikgu.
Tahniah cikgu ucapkan kepada semua murid yang telah berusaha menyediakan Powerpoint dan membentang di hadapan kelas.  Semoga anda semua berjaya di dalam semua pelajaran kalian.  


Kumpulan
Tajuk
-
4.1 Pembiakan Seks dan Aseks
-
4.2 Sistem Pembiakan Manusia
Zeta

Epsilon

Beta

Delta
Gamma
Alfa

Sunday 13 November 2016

Ciri-Ciri Murid Abad ke-21

Pandangan Sekolah

  • Kemahiran pengurusan masa
  • Penyelesaian masalah
  • Pemikiran kritis
  • Kemahiran komunikasi
  • Keupayaan berinovasi
  • Berinterasi dalam kumpulan berbilang budaya
  • Kemahriran untuk menggabungkan TMK & pembelajaran
  • Kesedaran terhadap persekitaran

Pandangan Ibu Bapa
  • Nilai-nilai murni
  • Penyelesaian masalah
  • Keupayaan berinovasi
  • Kepimpinan dan tanggungjawab
  • Mempunyai inisiatif dan hala tuju kendiri
  • Pencapaian dalam sukan dan pendidikan
  • Berfikiran positif
  • Kemahiran Bersosial yang baik
  • Etika
  • Kerohanian

Pandangan Majikan
  • Keupayaan mengadaptasi dalam situasi berbeza
  • Bekerja dengan pasukan maya
  • Kreatif
  • Inovatif
  • Berfikiran kritis
  • Keupayaan untuk berfikiran ke hadapan dan merancang
  • Keupayaan menyelesaikan masalah
  • Bekerja dengan berbilang budaya
  • Celik IT

Negara
  • Kecekapan dwibahasa
  • Pengetahuan & celik teknologi maklumat
  • Etika
  • Kerohanian
  • Kemahiran berfikir
  • Identiti nasional
  • Kemahiran kepimpinan