Friday 21 February 2014

Penyelidikan Dalam Pembiakan Manusia


Dua isu utama yang diambil berat dalam pembiakan manusia ialah kemandulan dan pencegahan kehamilan.  Kedua-dua isu ini dapat diatasi dengan kejayaan yangtelah dicapai dalam sains dan teknologi.

Kemandulan
Kemandulan ialah kegagalan untuk menghasilkan anak.  Kedua-dua, lelaki dan perempuan mungkin menjadi mandul. 

Adakah lelaki itu mandul apabila testisnya tidak menghasilkan sperma? 
Adakah perempuan itu mandul apabila ovarinya tidak menghasilkan ovum?
Ya, kedua-dua soalan di atas adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dan perempuan mandul.

Apakah sebab-sebab lain kemandulan?

Jadual di bawah menunjukkan beberapa sebab kemandulan lelaki dan perempuan serta rawatannya.



Persenyawaan In Vitro (IVF)
Persenyawan in vitro ialah persenyawaan yang berlaku di luar badan perempuan.  Ovum yang tersenyawa membahagi dan berkembang menjadi embrio di luar badan.  Embrio kemudiannya ditempelkan pada dinding uterus perempuan dan berkembang menjadi fetus.



Pencegahan Kehamilan
Pencegahan kehamilan membenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk merancang sama ada mahu memiliki anak atau tidak.
Pencegahan kehamilan juga membenarkan mereka untuk memilih bilangan anak dan waktu untuk memiliki anak.

Kaedah pencegahan kehamilan menghalang perempuan yang telah berkahwin daripada hamil.  Kaedah yang digunakan sama ada oleh lelaki atau perempuan, bergantung pada kepercayaan agama, latar belakang sosial dan pilihan mereka.  Kaedah yang digunakan juga bergantung pada pasangan yang telah berkahwin itu sama ada mahu memiliki anak atau tidak pada masa hadapan.

Jadual di bawah menunjukkan kaedah pencegahan kehamilan dan keberkesanannya:



Kaedah pencegahan kehamilan sementara ialah kaedah yang membenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki anak apabila pasangan tersebut berhenti menggunakan kaedah-kaedah ini. 
Kaedah pencegahan kehamilan kekal ialah kaedah yang tidak membenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki anak sebaik sahaja kaedah-kaedah ini digunakan.

Salah Guna Kawalan Kehamilan
Kaedah pencegah kehamilan telah banyak disalahgunakan oleh remaja kejadian ini meruntuhkan akhlak mereka.  Penyalahgunaan kawalan kehamilan di kalangan remaja telah meningkatkan hubungan seks luar nikah dan sekaligus jumlah kehamilan luar nikah.  Hal ini membawa kepada masalah pengguguran bayi dan buang bayi kerana mereka masih muda dan belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa. Pengetahuan tentang pencegah kehamilan turut disalahgunakan oleh pasangan yang dewasa yang tinggal bersama tanpa kahwin untuk mengelakkan perempuan daripada mengandung. 

Kebaikan Dan Keburukan Kawalan Kehamilan Kepada Masyarakat

Kawalan kehamilan mempunyai kebaikan dan keburukan kepada masyarakat.  Jadual di bawah menerangkan beberapa kebaikan dan keburukan kawalan kehamilan kepada masyarakat.

Kawalan kehamilan kepada masyarakat

Kebaikan

Keburukan

·         Pasangan berkahwin dapat  merancang bilangan anak.

·         Pasangan berkahwin dapat merancang masa yang sesuai untuk menerima cahaya mata.

·         Penggunaan kondom boleh mengelakkan penyakit kelamin.

·         Menggalakkan masalah sosial seperti seks luar nikah dan hubungan seks secara rambang.

·         Meningkatkan masalah pengguguran bayi di kalangan remaja
·         Pengambilan pil pencegah kehamilan jangka masa panjang akan menganggu kitar haid dan menyebabkan kemandulan
·         Meningkatkan masalah penyakit kelamin seperti AIDS, Herpes, Gonorrhea dan Sifilis.


Kepentingan Penyelidikan Pembiakan Manusia
Kepentingan penyelidikan tentang pembiakan manusia ialah:
  • Menyelesaikan masalah suami atau isteri yang tidak mempunyai anak
  • Membantu pasangan suami isteri menjalani perancang keluarga untuk merancang bilangan anak yang mereka kehendaki.
  • Membantu pasangan suami isteri menggunakan cara yang sesuai untuk mencegah kehamilan
  • Mengesan kecacatan fetus.  Kini, pembedahan telah dilakukan ke atas fetus untuk memperbaiki kecacatannya dalam kandungan ibu.

Sekiranya anda perlukan nota untuk topik ini, saya turut sediakan dalam bentuk PDF.  Bagi yang berminat, bolehlah klik link di bawah untuk muat turun.

Penyelidikan Dalam Pembiakan Manusia

2 comments: